Kamis, Mei 17, 2012

Sejarah Kamen Rider (1971-2011)

(ZD) Sejarah Kamen Rider (1971-2011)

oleh Henshin - Kamen Rider Malaysian Fans Club pada 19 April 2011 pukul 14:21 ·


(ZD) Apakah itu Kamen Rider? Pada tahun 80-an, di negara kita kamen rider lebih terkenal dengan jolokan satria baja hitam (kamen rider Black). Saya akan cuba menceritakan sejarah kamen rider dari awal sampai sekarang.

Pengenalan

Kamen Rider adalah cerita mengenai superhero hasil produksi TOEI (perusahaan filem dalam genre Tokusatsu ataupun superhero) yang berasal dari Jepun. Kamen bermaksud topeng dan rider bermaksud penunggang. Jadi secara umum kamen rider adalah 'penunggang bertopeng' (tapi kalau rempit bertopeng lagi sedap bunyinya). Secara khususnya, kamen rider adalah mereka yang memiliki kuasa untuk berubah menjadi super hero yang bertopeng dan mengunakan armor,mereka  juga memiliki kekuatan luar biasa. Kenderaan umum kamen rider adalah motor, tapi ada juga beberapa kenderaan selain motor.
Kamen Rider memiliki bermacam bentuk dan jenis. Ada manusia, Cyborg (manusia setengah robot), 100% robot, manusia setengah monster, bahkan ada yang 100% monster. Kamen rider ada yang protagonis & antagonis (baik dan jahat). Siri-siri kamen rider ada banyak, ada yang berhubungan dan ada yang tidak. Siri kamen rider dihasilkan pertama kali pada tahun 1971, hingga sekarang kamen rider masih lagi muncul walaupun Jepun dilanda tsunami.

Kamen Rider Ichigo & Nigo (1971-1973)



Story Ichigo:
Kamen Rider Ichigo adalah kamen rider pertama. Menceritakan tentang seorang saintis bernama Takeshi Honggo yang diculik oleh organisasi jahat bernama Shocker untuk dijadikan Cyborg, yang akan digunakan sebagai senjata dalam misi mereka menguasai Jepun. Tetapi sebelum otaknya dicuci, dia telah diselamatkan oleh gurunya. Berikutan dengan kekuatan Takeshi yang baru, dia dapat berubah (Henshin) menjadi Kamen Rider Ichigo dan berjuang untuk melawan Shocker & Gel-Shocker. Kenderaan kamen rider ichigo adalah motor yang disebut Cyclone. Pada tahun 2005, TOEI menghasilkan remake filem Kamen Rider Ichigo dalam bentuk movie dengan judul Kamen Rider The First. Disini kamen rider ichigo mendapat pembaharuan dalam kostum dan motornya, jalan ceritanya lebih gelap dan mengandungi unsur drama.





Story Nigo:
Kamen Rider Nigo adalah kamen rider ke-2 dalam sejarah Kamen Rider. Kamen Rider Nigo adalah pemuda yang bernama Ichimonji Hayato, dia adalah seorang jurugambar yang ditawan oleh Shocker yang kemudian diubah menjadi cyborg. Tujuannya adalah untuk mengalahkan Kamen Rider Ichigo, tetapi sebelum otaknya di cuci, dia telah diselamatkan oleh Kamen Rider Ichigo. Berikutan dari peristiwa itu, dia dan Ichigo berjuang bersama menghadapi Organisasi Shocker, Geldam, dan Gel-Shocker. Kenderaan Nigo sama seperti Ichigo iaitu Cyclone. Bentuk Nigo juga sama seperti Ichigo, yang berbeza adalah jalur putih pada badan mereka (ichigo mempunyai 2 jalur manakala nigo mempunyai 1 jalur) sarung tangan & kasutnya, kalau Ichigo bewarna kelabu, Nigo pula bewarna merah. Kamen Rider Nigo muncul dalam siri yang sama dengan Ichigo, dia juga muncul dalam movie Kamen Rider The First & The next.

Kamen Rider V3 & Riderman (1973-1974)





Story V3:
Kamen Rider V3 adalah kamen rider ke-3,  Kazami Shiro yang menjadi saksi pembunuhan yang dilakukan oleh group penjahat baru bernama Destron. Sejak itu, dia diburu oleh Destron kerana telah menjadi saksi aktiviti jahat Destron. Destron menghantar mutan untuk membunuh Kazami, malangnya keluarga kazami telah menjadi mangsa mutan tersebut. Kazami bernasib baik dan masih terselamat dengan bantuan Kamen Rider Ichigo & Nigo. Sejak itulah Kazami memohon kepada Kamen Rider Ichigo & Nigo agar dirinya diubah menjadi Cyborg seperti mereka untuk menghancurkan Destron. Kendaraan V3 adalah motor yang disebut Hurricane. TOEI juga menghasilkan remake Kamen Rider V3 pada tahun 2007 dalam bentuk movie yang berjudul Kamen Rider The Next bersama Kamen Rider Ichigo & Nigo dari Kamen Rider The First.



Story Riderman:
Riderman adalah kamen rider ke-4, pada awalnya dia adalah Yuki joji, seorang saintis yang bekerja untuk organisasi jahat Destron, malangnya Destron ingin membunuhnya. Pada saat dia hampir terjatuh ke dalam cecair asid panas & beracun, dia telah diselamatkan oleh rakan-rakan saintisnya. Walaupun selamat, dia telah kehilangan sebelah tangannya. Lalu dia pun menjalani pembedahan cybernetic untuk menggantikan sebelah tangannya menjadi tangan mekanikal, tangan tersebut dapat bertukar menjadi senjata. Dia pun bergabung dengan Kamen Rider V3 untuk menghadapi Destron. Motor Riderman adalah Rider Machine. Ia muncul dlm siri Kamen Rider V3.

Kamen Rider X (1974)



Kamen Rider X adalah kamen rider ke-5. Dia adalah Jin Keisuke, seorang saintis. Suatu ketika dia dan ayahnya cedera parah diserang oleh organisasi jahat The Government Of Darkness. Demi menyelamatkan Jin yang parah, ayah Jin yang juga seorang saintis mengubah Jin menjadi Cyborg. Akhirnya ayah Jin mati akibat kecederaan parah. Sejak waktu itu, Kamen Rider X bertarung menentang Government Of Darkness. Motor Kamen Rider X adalah Cruiser, motor ini mempunyai kebolehan untuk menyelam di bawah air.

Kamen Rider Amazon (1974-1975)



Kamen Rider Amazon adalah kamen rider ke-6. Dia adalah Yamamoto Daisuke. Dia adalah satu-satunya orang Jepun yang terselamat dari kemalangan pesawat yang terhempas di Amazon, dan dia pun dibesarkan disana.Ketika remaja, dia telah menyelinap masuk ke dalam kapal laut yang sedang singgah di Amazon yang secara kebetulannya kapal tersebut kembali ke Jepun. Di Amazon, Daisuke telah terjumpa armband yang bernama Gigi yang kemudian digunakan dilengan kirinya, armband tersebutlah yang dapat merubah dirinya menjadi Kamen Rider Amazon dengan menjerit “Amazon”. Dia pertama kali berubah pada saat dia hendak menyelamatkan seseorang yang diserang mutant yang dihantar oleh Geddon. Sejak saat itu, dia berjuang melawan Geddon yang ingin merampas GiGi armletnya. Setelah Geddon hancur, dia berjuang kembali melawan Geranda Empire. Motor Kamen Rider Amazon adalah Jungler. Kamen Rider Amazon adalah kamen rider pertama yang tidak menggunakan topeng & armor, ketika dia berubah, dia benar-benar menjadi makhluk baru.

Kamen Rider Stronger (1975)



Kamen Rider Stronger adalah kamen rider ke-7. Jou Shigeru yang hampir mengambil jalan yang salah kerana dia mahu bergabung dengan organisasi jahat Black Satan. Dia memutuskan secara sukarela agar dirinya diubah menjadi cyborg oleh Black Satan demi membalas dendam kepada temannya. Setelah menjadi stronger, dia sedar bahawa tindakannya salah dan dia pun bertindak menentang Black Satan, setelah Black Satan hancur dia pun berjuang kembali melawan Delza army di bawah pimpinan organisasi Gel-Shocker, Destron, Government Of Darkness, Geddon, & Black Satan. Motor Kamen Rider Stronger adalah Kabutoroh.

Kamen Rider Skyrider (1979-1980)



Skyrider adalah kamen rider ke-8.Tsukuba Hiroshi, seorang glider pilot yang diubah tubuhnya menjadi cyborg oleh seorang saintis demi menyelamatkan nyawanya akibat kecederaan teruk yang dialaminya yang disebabkan oleh organisasi jahat Neo-Shocker. Setelah dia menjadi Kamen Rider, dia berjuang menentang Neo-Shocker yang ingin menghancurkan dunia. Skyrider memiliki kebolehan untuk terbang. Motornya adalah Sky Turbo.

Kamen Rider Super 1 (1980)



Kamen Rider Super 1 adalah kamen rider ke-9. Oki Kazuya merelakan dirinya untuk diubah menjadi cyborg demi menjadi angkasawan yang hebat. Disebabkan serangan daripada Dogma Kingdom, misi di luar angkasa tersebut gagal dan dia kembali ke Jepaun. Dia pun berjuang melawan Dogma Kingdom yang ingin menghancurkan dunia. Kamen Rider Super 1 memiliki 5 sarung tangan super, tiap-tiap sarung tangan memiliki kuasa yang berbeza. Motor Kamen Rider Super 1 ada 2 iaitu V-machine & Blue Version.

Kamen Rider ZX (1984)



Kamen Rider ZX adalah kamen rider ke-10. Ryo Murasama telah ditawan oleh UFO, kemudian dia diubah menjadi cyborg dan otaknya dicuci oleh organisasi jahat “Badan”. Pada awalnya dia bekerja untuk Badan untuk menguasai dunia. Namun lama kelamaan ingatannya pulih, dia teringat kembali akan peristiwa pembunuhan adiknya yang dilakukan oleh Badan sebelum dia diubah menjadi cyborg. Setelah itu, dia pun menentang Badan. Motornya adalah Hell Diver.

Kamen Rider Black (1987-1988)



Kamen Rider Black pada awalnya adalah seorang pemuda bernama Kotaro Minami yang diculik oleh makhluk asing “Gorgom” untuk diubah menjadi cyborg, di dalam badannya telah ditanam 'King Stone' yang dapat memberikannya kekuatan sebagai Century King yang kemudiannya akan digunakan Gorgom untuk menguasai Bumi. Kotaro berjaya melarikan diri sebelum proses penyatuan King Stone dalam tubuhnya sempurna. Setelah menyedari niat jahat gorgom & sedar bahawa dirinya bukan manusia lagi, dia menggunakan kekuatannya untuk melawan Gorgom. Motor Kamen Rider Black ada 2 iaitu Road Sector & Battle Hopper.



Shadow Moon pada awalnya adalah Nobuhiko Akizuki, adik angkat Kotaro Minami (Kamen Rider Black), dia juga diculik makhluk asing “Gorgom” untuk diubah menjadi android & ditanam Kingstone pada badannya. Sayangnya dia gagal melarikan diri dan Kingstone bersatu dengan tubuhnya. Dia pun telah berubah 100% menjadi Robot & bekerja untuk Gorgom menentang Kamen Rider Black. Shadow Moon adalah salah satu daripada Kamen Rider antagonis, dia memiliki senjata berupa 2 bilah pedang bewarna merah kristal. Dia tidak memiliki kenderaan & dia juga tidak perlu Henshin kerana dia android sempurna. Dia juga muncul dalam siri Kamen Rider Black RX & movie Kamen Rider World. Setelah mati dalam siri Kamen Rider Black, dia dihidupkan kembali oleh Crisis Empire.

Kamen Rider Black RX (1988-1989)



Kamen Rider Black RX adalah versi upgrade dari Kamen Rider Black. ketika Kamen Rider Black berjaya menumpaskan Gorgom, dunia pun kembali damai. 5 tahun kemudian, ketika Kotaro sedang mengendalikan helikopter, terjadi kemalangan yang disebabkan makhluk asing Crisis Empire. Tujuan Crisis Empire adalah untuk melenyapkan Kamen Rider Black yang menjadi penghalang mereka untuk menguasai Bumi. Kotaro pun terlempar keluar ke angkasa dan dia dihujani tembakan plasma dari pesawat Crisis Empire. Oleh kerana pancaran plasma tersebut, Kingstone yang ada pada badan Kotaro pun pecah. Dan kerana efek kosmik & radiasi matahari, Kingstone berevolusi & mencipta efek supernova sekaligus mencipta ledakan yang dahsyat yang menyebabkan Kotaro terlempar kembali ke Bumi. Badan Kotaro telah berubah menjadi tubuh baru yang lebih kuat lagi iaitu Kamen Rider Black RX. Sekali lagi Kotaro berjuang menentang Crisis Empire untuk melindungi Bumi. Kamen Rider Black RX memiliki senjata berupa pedang Light Saber. Dia memiliki 2 kenderaan iaitu motor Acrobatter yang merupakan upgrade dari Battle Hopper, dan sebuah kereta yang disebut Rideron. Di episode akhir Kamen Rider Black RX, dia dibantu oleh 10 Kamen Rider sebelumnya untuk melawan Crisis Empire.
Kamen Rider Black RX juga mempunyai 2 form yg berubah mengikut emosinya. Yang pertama adalah Robo RX yang merupakan luahan ekspresi sedih,Robo RX memiliki senjata berupa pistol laser & motor yang dipanggil Roboizer. Perubahannya menjadi Robo RX membuatnya lebih kuat & memiliki daya tahan yang tinggi tetapi pergerakannya menjadi lembab. Perubahannya yang kedua adalah menjadi RX Bio yang merupakan luahan ekspresi marah, dengan perubahan ini RX Bio dapat bergerak lebih cepat & mampu mengubah dirinya menjadi tenaga yang bersinar berupa air yang boleh membuatnya terbang dengan cepat. Senjatanya masih menggunakan Light Saber & motornya adalah Mach Jabba.

Shin Kamen Rider (1992)



Shin Kamen Rider awalnya adalah seorang saintis yang bernama Kazamatsuri Shin. Dia melakukan eksperimen dengan mencampurkan DNAnya dengan DNA belalang. Akibat dari eksperimennya itu dia telah berubah menjadi mutant belalang yg sempurna. Oleh sebab itu apabila dia Henshin, badannya akan mengalami perubahan untuk bertukar kepada mutant belalang, dia tidak memakai topeng & armor, dan dia juga tidak mengunakan motor semasa dalam bentuk mutant tersebut .

Kamen Rider ZO (1993)



Kamen Rider ZO awalnya adalah seorang pembantu professor bernama Asou Masaru. Tanpa kerelaan dia diubah menjadi cyborg. Kerana mengalami tekanan & trauma akibat perubahan dirinya, dia melarikan diri ke hutan. Suatu saat telepati membangunkan dirinya, ada seseorang yang meminta bantuannya untuk melindungi bumi dari serangan monster bernama Doras yang diciptakan oleh organisasi jahat Neo Organism. ZO memiliki motor yang disebut Z-Bringer. Rupa Kamen Rider ZO mirip dengan Kamen Rider J, yang membezakannya adalah garis ditubuhnya. Kamen Rider ZO hanya muncul dalam versi movie saja. Ia juga muncul di movie Kamen Rider World bersama Kamen Rider J.

Kamen Rider J (1994)



Kamen Rider J adalah Segawa Kouji, dia bekerja sebagai wartawan. Dia memperoleh kekuatan untuk berubah menjadi Kamen Rider dari alien yang tinggal dibawah tanah, J bertindak untuk melindungi bumi daripada alien jahat bernama Fog Master yang hendak menghancurkan bumi. Dia adalah satu-satunya Kamen Rider yang boleh mengubah saiznya menjadi raksasa. Motornya adalah J-Crosser. Kamen Rider J hanya ada dalam movie saja. Dia juga ada di movie Kamen Rider World bersama Kamen Rider ZO, mereka bertarung bersama melawan Shadowmoon & pasukannya.

Kamen Rider Kuuga (2000-2001)



Pada awal cerita, Yuusuke Godai berubah menjadi Kuuga putih untuk memerangi Grongi. Sepanjang waktu dia bertambah lebih kuat dan dapat akses untuk semua bentuk Kuuga. Ada beberapa bentuk perubahan Kuuga antara lain Growing/Glowing, Mighty, Dragon, Pegasus, Titan, Rising Mighty, Rising Dragon, Rising Pegasus, Rising Titan, Amazing Mighty, dan Ultimate. Namun pada siri Kamen Rider Decade, Kuuga mendapatkan kekuatan tambahan yang lebih kuat dari seluruh bentuk perubahan sebelumnya iaitu Kuuga Rising Ultimate.

Kamen Rider Agito (2001-2002)



Seorang pemuda bernama Shouichi Tsugami kehilangan ingatannya. Dia tidak mengenali dirinya sendiri, dari mana dia berasal atau bagaimana dia boleh mengalami keadaannya yang aneh. Tsugami, tanpa penjelasan yang jelas, berubah menjadi manusia super yang sangat hebat, Agito, dimana tahapnya dianggap oleh polis sebagai “Unknown”, para monster yang sangat kuat yang telah melakukan pembunuhan di Tokyo.Sebagai tindakan lanjut, pihak polis mengeluarkan senjata terbaru mereka: Armor robot G3, direka untuk melawan ”Unidentified Lifeforms”, musuh No.4 (Kamen Rider Kuuga). G3 and Agito tidak tahu apakah mereka harus bergabung dan mengalahkan Unknown, musuh utama mereka, atau berkelahi satu sama lain, membiarkan misteri diantara mereka yang membuat terpisah selalu. Pada akhirnya, tambah lagi misteri yang terbongkar. Dengan kehadiran Kamen Rider Gills, yang sedang dalam pencarian untuk membongkar mengapa ayahnya bunuh diri. Misteri-misteri ini dan yang lainnya bercantum satu sama lain, sebagai penceritaan alam Agito yang akan memutuskan nasib umat manusia.

Kamen Rider Ryuki (2002-2003)



Tiga belas Kad Advent telah dicipta untuk tiga belas Kamen rider. Mereka membuat Kontrak dengan monster dari Dunia Cermin yang misteri, suatu dimensi parallel yang mana hanya ada Kamen Rider. Rider-rider mengunakan kekuatan raksasa dalam cermin yang makan raksasa lain yang mereka tewaskan. Pencipta Kad Advent hanya mempunyai satu peraturan: bahawa hanya boleh ada satu Kamen Rider. Yang lain harus dibunuh, dan pemenang akan diberi satu permintaan, yang membawa konflik yang dikenali sebagai Perang Rider (Rider War).
Di seluruh bandar, orang-orang tidak bersalah hilang secara aneh. Berikutan peristiwa ini, Shinji Kido – seorang wartawan di pejabat berita online– terjumpa salah satu Kad Advent di dalam sebuah apartment dimana setiap permukaan yang memantulkan cahaya telah ditutup oleh surat khabar.Dia ditarik ke dalam Dunia Cermin, menemui kebenaran yang mengerikan di sebalik kes orang hilang yang ditarik melalui cermin oleh raksasa Dunia Cermin. Hampir dibunuh oleh raksasa naga(Dragredder) namun dia diselamatkan oleh Kamen Rider Knight: Ren Akiyama. Ren bercadang untuk menang dalam Rider War biar bagaimanapun caranya. Ren bekerja di sebuah cafe milik Yui Kanzaki, yang mencari abangnya yang telah lama terpisah: dalang disebalik RiderWar, Shiro Kanzaki. Shinji tidak berminat dgn RiderWar, dia hanya ingin melindungi orang-orang tidak bersalah dari ancaman Raksasa Dunia Cermin, dan menghentikan perkelahian bodoh antara Kamen Rider. Dengan Dragredder sebagai monster Kontrak nya, dia menjadi Kamen Rider Ryuki.

Kamen Rider 555 (2003-2004)




Syarikat Smart Brain, syarikat paling maju di dunia, sedang berusaha untuk mengambil alih dunia menggunakan Orphnoch, evolusi manusia yang lebih kuat, yang secara diam-diam memusnahkan populasi manusia. Utk tujuan ini, mereka mencipta tiga armor, yang diberi nama Rider Gear ( Delta, Faiz, dan Kaixa), untuk mencari dan melindungi Raja Orphnoch, yang dapat memperbaiki kecacatan di dalam DNA ORPHNOCH yang menyebabkan struktur genetik mereka tidak stabil, yang mengakibatkan kematian.
Rider Gear dicuri oleh Hanagata, Orphnoch Kambing dan Presiden terdahulu Syarikat Smart Brain. Bagaimanapun, Rider gear telah dicipta untuk digunakan oleh Orphnoch, dan manusia tidak mampu untuk mengaktifkan sistem ini tanpa melalui modifikasi genetik.
Takumi Inui, secara tidak sengaja terlibat ke dalam konflik antara Orphnoch dan manusia dan menjadi Kamen Rider Faiz untuk menyelamatkan Mari Sonoda, salah seorang daripada Ryuseiji. Syarikat Smart Brain mulai memburu dia untuk mendapatkan kembali Faiz Gear.
Bagaimanapun, ada di antara Orphnoch yang ingin hidup bersama dengan manusia, mereka mulai menentang Smart Brain, ini membuatkan mereka turut menjadi sasaran Smart Brain.
Ketika polis Tokyo mengetahui Orphnoch menjadi dalang rangkaian pembunuhan manusia, mereka mula mengadakan operasi untuk membunuh makhluk tersebut, mereka melakukan berbagai cara utk membunuh orpenoch. Mereka bahkan mula melakukan eksperimen atas Orphnoch yang ditangkap untuk mencari cara menghapuskan mereka, meskipun tidak berjalan lancar.
Raja Orphnoch akhirnya menjelma di dalam badan seorang budak lelaki bernama Teruo.

Kamen Rider Blade (2004-2005)




Sepuluh ribu tahun yang lalu, suatu pertempuran besar dikenal sebagai Battle Royal yang melibatkan 52 Undead, Pemenangnya adalah Manusia Undead, dengan itu dia diberi kebebasan untuk hidup di bumi bersama manusia. Di zaman sekarang, ahli arkeologi menemukan Undead yang dikunci, dan secara kebetulan telah membebaskan mereka. Akhirnya, Battle Royal yang baru akan bermula.
Setelah mengembangkan Sistem Rider, organisasi BOARD bersama dua orang pemuda, yang menjadi Kamen Rider: Kazuma Kenzaki Dan Sakuya Tachibana berjuang bersama-sama sebagai Kamen Rider Blade dan Kamen Rider Garren untuk melindungi manusia dari Undead dan mengunci mereka. Juga melawan Undead misteri Chalice, Kamen rider yang tidak diketahui asal usulnya. Sebagai tambahan, Mutsuki Kamijo seorang pemuda yang berjuang untuk membebaskan dirinya dari kawalan Undead spider,dia bertarung sebagai Kamen Rider Leangle.

Kamen Rider Hibiki (2005-2006)



Fokus utama cerita ni adalah mengenai guru dan murid, Asumu Adachi dan Oni dipanggil Hibiki. Asumu adalah seorang pemuda yang tak percaya diri dan berada di persimpangan di dalam hidupnya ketika dia berpindah ke sekolah menengah. Dia belajar untuk menjadi matang melalui pertarungan Hibiki dan Oni lain. Fokus lainnya adalah pertempuran masa lampau Kamen Rider (dikenal sebagai Oni dalam siri ini) dan Makamou, syaitan yang hanya dapat dikalahkan menggunakan ” bunyi suci”. Siri ini berkisarkan tentang hubungan diantara guru dan murid dan kehidupan empat Oni utama: Hibiki, Ibuki, Todoroki Dan Zanki.

Kamen Rider Kabuto (2006-2007)



Menceritakan kisah seorang pemuda bernama Souji Tendou. Dia telah berlatih tujuh tahun untuk mengunakan Kabuto Zecter dan menggunakan nama Kamen Rider Kabuto. Membuat banyak musuh dimana pada waktu yang sama bertemu Rider lain dengan asal-usul yang misteri,Tendou bertarung untuk memenuhi impiannya iaitu menghapuskan semua Worm yang mengancam umat manusia. Dia bertemu Arata Kagami, yang kemudian menjadi Kamen Rider Gatack, mereka berdua bekerjasama untuk menyelamatkan umat manusia dari alien Worm yang datang dengan batu meteor pada tujuh tahun yang lalu.

Kamen Rider Den-O (2007-2008)



Ryotaro Nogami adalah pemuda yang bernasib malang. Suatu hari, dia terjumpa kad aneh dan segala keanehan ini bermula dari seorang perempuan misteri dan keretapi masa. Imagin, Mahluk dari masa depan lain cuba untuk mengubah masa lalu. Meskipun sedikit bingung tentang krisis alam, Ryotaro, bersama dengan bantuan imagin yang keras kepala, bernama Momotaros, menjadi Kamen Rider Den-O, menjelajah ke zaman yang berbeza diatas Denliner untuk melawan Imagin yang jahat untuk menghalang mereka daripada mengubah masa lalu untuk mempengaruhi masa depan dan saat ini. Sepanjang pertarunganya, Ryotaro dibantu oleh Imagin lain, suka memanipulasi dan suka perempuan -Urataros, sekuat hercules dan berpewatakan sebagai ahli sumo-Kintaros, dan yang kekanak-kanakan,suka melukis dan gemar menari-Ryuutaros.

Kamen Rider Kiva (2008)



22 Tahun setelah kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai tinggal di sebuah “rumah berhantu” di mana takdirnya sebagai Kamen Rider Kiva untuk melawan raksasa penghisap kehidupan yang digelar Fangires, kaum yang ayahnya lawan bertahun-tahun yang lalu sebelum menghilangkan diri. Wataru harus pula berhadapan dengan Kamen Rider Ixa yang menjadi sebahagian organisasi untuk menghancurkan Fangire, Fangires juga mempunyai Rider, Kamen Rider Saga. Cerita dipisah antara kisah Wataru di masa sekarang (2008) dan ayahnya Otoya di masa lalu (1986), secara perlahan-lahan misteri disebalik fangire & kiva terlerai.

Kamen Rider Decade (2009)



Cerita berdasarkan sekitar sembilan dunia Kamen Rider Heisei yang bergabung menjadi satu, sesuatu yang akan menghancurkan semua dunia. Untuk mencegah ini, Tsukasa Kadoya bertukar menjadi Kamen Rider Decade, dia diberitahu bahawa untuk melindungi dunia miliknya, dia harus mengembara dengan Natsumi dan datuknya ke Dunia Kamen Rider lain disebut Dunia A.R. ( Alternative Rider) dan mencipta jambatan yg menghubungkan ke-sembilan dunia tersebut. Sepanjang perjalanan, decade berhadapan dgn Narutaki yang misteri dan pencuri harta karun, Daiki Kaito. mereka bergabung bersama Yusuke Onodera dari dunia Kuuga dan Kiva-La dari dunia Kiva.
Untuk menyesuaikan warna dengan motif fotografi dalam siri ini, Kamen Rider decade dalam siri ini berdasarkan model warna CMYK : Decade adalah warna magenta, Diend adalah cyan.

Kamen Rider Double (2010)



Di kota Futo yang berunsurkan ecology( Fuuto, ” bandar angin”), ada banyak kincir angin dan penduduknya hidup aman damai. Bagaimanapun, keluarga Sonozaki menjual alat misteri yang menyerupai USB flash drive dipanggil Gaia Memori kepada penjahat dan pihak-pihak lain yang mementingkan diri,yang digunakan mereka untuk menjadi monster yang disebut Dopants, melakukan kejahatan. Pihak polis mati kutu untuk menghentikan mereka. Gaia Memori mengandungi suatu toksin berbahaya yang menyebabkan para penggunanya menjadi gila dan mereka boleh mati dari alat itu. Setelah kematian boss nya, detektif Shotaro Hidari yang bekerja dengan Philip yang misteri, menguasai Gaia Memori untuk membanteras segala kejahatan melibatkan Dopants. Dengan menggunakan Gaia Memori mereka sendiri, Shotaro Dan Philip menggunakan belt Double Driver untuk mengubah bentuk dan bercantum untuk menjadi Kamen Rider Double untuk menghapuskan ancaman Dopant dan menjaga keamanan Bandar Futo. Sementara itu,Ryu Terui, yang berubah menjadi Kamen Rider Accel, misteri dari masa lampau Philip dan hubungannya kepada keluarga Sonozaki dan organisasi X mulai terlerai satu persatu.

Kamen Rider OOO (OZU) (2010)



Eiji Hino adalah pemuda yang tidak mempunyai impian, tidak ada pekerjaan, dan tidak ada keluarga. Ketika raksasa seperti haiwan yang digelar Greeed, telah bangkit setelah 800 tahun tidur untuk menyerang manusia dan memakan medal hasil daripada sifat tamak mereka, satu Greeed yang menyerupai burung bernama Ankh memberi Eiji belt dan tiga Medal untuk melawan Greeed sehingga dia menjadi Multi King : Kamen Rider Ozu. Kougami Foundation yang misteri mendekatinya dan mulai membantunya dalam melawan Greed, tetapi alasan motif mereka tidaklah jelas. Ketika Eiji berjuang untuk pertama kali, Eiji mulai menyedari apa maknanya “kehidupan”.
Dengan tiga medal Ozu bertema binatang di dalam belt Oz Drivernya, dilengkapi dengan O-Scanner, Ozu dapat menggunakan berbagai bentuk disebut Combo. Combos pertama ditunjukkan adalah TaToBa Combo, dengan kepala bertemakan helang menggunakan Pedang Medajalibur, badannya mempunyai tema harimau menggunakan cakar di tangannya, dan kakinya bertemakan belalang untuk menggunakan Rider Kick. Dia juga dapat menggunakan bentuk lain RaToraTah Combo, GataKiriBa Kombo, dan SaGorZo Combo dengan Core Medal berdasarkan haiwan. Sebutan OOO merujuk kepada tiga core medal yang Kamen Rider Ozu gunakan.
Raksasa Greed, yang terdiri daripada lima raksasa bermotifkan haiwan yang mengunakan sifat tamak manusia untuk mencipta Yummy. Akira Date adalah seorang doktor yang balik dari luar negara dan bekerja untuk Kougami Foundation sebagai kamen rider Birth, tugasnya adalah untuk mengumpul cell medal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 
Yahoo Messenger
Send Me IM!
BackLink
And tukar Banner With Us !
Twitter
Follow Me!
Facebook
Add My Facebook
Original Template By Belajar SEO Blogspot - Himajiesized By Dayz Hidayat